Pages

Saturday, 6 August 2011

DUNIA ORANG-ORANG 50AN

Mencapai usia 50 tahun, biasanya menggambarkan seseorang yang cukup berpengalaman atau berpengetahuan luas atau kedua-duanya sekali.  Amat sukar untuk membayangkan, seorang yang telah mencapai usia 50 tahun, tidak memiliki kedua-duanya. Biasa kita mendengar orang mengatakan bahawa "life begins at 40", iaitu kehidupan sebenarnya bermula apabila mencapai umur 40 tahun.  Tetapi ramai juga yang menunggu sehingga mencapai 50 tahun untuk memulai kehidupan sebenarnya, maknanya "life begins at 50". Malah, mungkin ada juga yang memulai kehidupannya di usia yang lebih lanjut dari 50. Mungkin 60 atau 70, dan seterusnya.  Perkara ini agak subjektif. Persoalannya, apa yang dimaksudkan dengan "memulai kehidupan" itu tadi? Saya, dengan rasa rendah diri ingin mengajak kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang" sewaktu" dengan saya untuk memberi komen bukan sahaja mengenai persoalan yang diajukan ini, malah sekiranya ada perkara-perkara berkaitan dengan "orang-orang 50han", maka dipersilakan untuk kita kongsi bersama. Mereka yang lebih muda, juga dipersilakan. Komen dalam bahasa Inggerispun boleh.

0 comments:

Post a Comment